Preview Liga Super: The Jangs vs Yobs...
Malam ini.. ya malam ni satu lagi perlawanan Liga Super akan berlangsung.. perlawanan malam ni antara yang selalu mendapat perhatian gua saban musim. Negeri Sembilan vs Perak.. Jang lawan Yob.. Ebby Yus vs Usop Wilcha.. Jang berchenta dengan Yong, Milah tangkap cintan dengan Yob.. Begitulah ibaratnya.
Perseteruan ni kalau dekat EPL ni ibarat Manchester United dengan Liverpool. Walaupun bukan derby tapi memang dua-dua team ni aura dia lain macam sikit kalau berlawan atas padang. Dari sudut pandang seorang peminat Jang, gua selalu nampak Perak ni ibarat merkuri. Ibarat pasukan yang mesti ditewaskan sepanjang musim.
Gua banyak jugak ingat sejarah perseteruan dua-dua team ni sejak lewat tahun 90 an. Gua paling ingat kali pertama gua heartbreak dengan pasukan Perak seawal tahun 1998 dalam Piala Malaysia. Kalau tak silap gua tahun 1998 itu adalah pertama kali Negeri Sembilan melayakkan diri sejauh ke Semi Final setelah bertahun lamanya. Gua tak ingat secara detail tapi gua ingat lagi mamat yang score last sekali untuk membawa Perak ke final. Mamat tu namanya Lim Seng Kong. Gol lobnya menewaskan penjaga gol N9 ketika itu, Yazid Yassin mengecewakan seluruh peminat Negeri Sembilan yang gagal ke final setelah bertahun lamanya. Perlawanan akhir pertama kali diadakan di Stadium Bukit Jalil dan Perak menjuarai Piala Malaysia setelah menewaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan Penalti.
Perseteruan itu diteruskan dan dua tahun kemudian sekali lagi diselesaikan dalam pertandingan agung Piala Malaysia. Kali ini pentas final menjadi igauan kedua-dua pasukan. Negeri Sembilan dengan misi lebih 40 tahun kemarau Piala terulung bola sepak Malaysia dan Perak pasti yang didendam sekian lama, ingin ditewaskan. Jang tahun itu nampak seperti sebuah pasukan yang mantap diperkuatkan dengan penyerang lagenda Azman Adnan dan si lipas kudung Effendi Malek mengemudi serangan sambil di barisan pertahanan diperkuatkan dengan lagenda Negeri Sembilan dan Perak iaitu Khairul Anuar Baharom atau lebih mesra dikalangan Jang dengan panggilan Acong. Perak juga tidak kurang mantap apabila barisan hadapannya dikemudi pemain kebangsaan V.Saravanan dan Khalid Jamlus. Dan nyata kehadiran mereka memusnahkan Negeri Sembilan apabila jaringan kedua-duanya membawa kemenangan 2-0 kepada Perak. Menggagalkan lagi misi Negeri Sembilan yang akhirnya terpaksa menunggu 9 tahun kemudian untuk akhirnya menjuarainya.
Azman Adnan lebih pawer bermain bola dari menari Sehati Berdansa
Setahun kemudian, dalam Piala Malaysia kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam pusingan kalah mati apabila mereka bertembung dalam saingan Suku Akhir. Gua kurang ingat perlawanan ini tapi hasil dari data mining menunjukkan bahawa Perak nyata lebih gah apabila membenam Negeri Sembilan 5-2 secara agregat. Perak sekali lagi layak ke final tetapi tewas kepada Terengganu dengan keputusan 2-1.
Fast forward ke tahun 2005 dalam musim Liga Super 2005-2006. Negeri Sembilan melayakkan diri ke Liga Super buat pertama kalinya pada musim itu. Liga Super pada ketika itu formatnya adalah pelik. Ini disebabkan tidak banyak pasukan yang bertanding dalam Liga paling elit di Malyasia ketika itu iaitu hanya 8 pasukan dan format diadakan secara 3 pusingan. Negeri Sembilan dan Selangor layak setelah menduduki 2 tempat teratas dalam Liga Perdana sebelum itu. Negeri Sembilan ketika ini diperkuatkan dengan pemain import Christian Beckamenga yang selamanya namanya akan diingati sebagai antara penyerang Import paling berkaliber di Liga Malaysia. Tak banyak yang boleh gua perkatakan pasal liga ni selain, perlawanan terakhir yang mengesahkan Negeri Sembilan sebagai juara. Ya tentu sekali perlawanan itu adalah menentang pasukan Perak. Bermain di Stadium Ipoh dengan misi mesti menang, Negeri Sembilan bermain dengan tenang apatah lagi di tempat kedua ketika itu ialah Telekom Melaka FC yang ketinggalan agak jauh dari segi pungutan mata. Pendek cerita, malam itu di Stadium Ipoh, para Jangs menumbangkan Perak 2-0 sekaligus mengesahkan kedudukan di tangga pertama dan menjuarai Liga Super dalam debut mereka.
Dan malam ini perseteruan dalam Liga Super ini disambung semula di Stadium Paroi.. stadium keramat Jang. Untuk rekod pertembungan sebelum ini, Perak menang di Ipoh dengan keputusan 2-1. Effa Owona membuka jaringan melalui sepakan percuma yang cantik menerjah gawang Perak sebelum pemain gantian Akmal Rizal Rakhli menjaringkan 2 gol yang cantik untuk akhirnya keputusan berpihak kepada Yobs.
Rekod 2 perlawanan terdahulu pulak Negeri Sembilan memenangi 2 perlawanan iaitu menewaskan Selangor 3-1 dan Johor FC 2-1 sementara Perak mencatatkan seri 1-1 dengan Terengganu dan kemenangan 2-0 juga keatas Selangor. Dari sini kita boleh lihat Selangor sebenarnya pasukan bertaraf ayam macam Liverpool. Gah dengan sejarah 32...dan selamanya dok laungkan "Come back when you're 32.." ok itu celaka namanya. Jadi camno hasil pertembungan malam ni? samo-samo kito nantikan. Jangan tunggu depan TV sebab memang takdo live. Poie la stadium..sokonglah bola sepak kito.Hobin Jang Hobin... sedangkan budu pon jang hirup macam sirap, inikan pulak tempoyak yang jang makan macam dadih...
Effa Owona dan Shahurain Abd Samah (Kecik) bakal pemusnah Yobs malam nih...
\
Inilah serba sedikit sejarah perseteruan Perak dan Negeri Sembilan dalam saingan bola sepak Malaysia yang paling gua akan ingat sampai bila-bila. Bagaimana dua pasukan ini bermusuh walaupun bukan secara derby. Tapi auranya memang kuat. Gua pulak, gua memang anti betul team Perak ni sumpah gua kabor. Tapi gua anti team bola dia je lah. Gua takde pulak anti orang Perak. Sebab awek-awek Perak ni gua nak kabor memang sumpah comey beteii.. kahkahkah!!