badut FFF
FFF , badan bertugas seperti FAM di Perancis menjatuhkan hukuman gantung 18 perlawanan antarabangsa untuk Anelka gara-gara perselisihan semasa Piala Dunia 2010 . Selain Anelka , Evra , Toulalan dan Ribery juga digantung untuk jumlah perlawanan yang berbeza . Kapten Evra , 5 . Toulalan , 1 dan Ribery , 3 .
Walaubagaimanapun berita ini menunjukkan kepincangan untuk akal-akal yang ada di FFF .
Anelka sendiri mengumumkan untuk menggantung kasut bola beliau untuk peringkat antarabangsa selepas saingan Piala Dunia 2010 . Dan kini beliau menghadapi hukuman larangan 18 perlawanan yang mana memang beliau tak kan main lagi .
![]() |
fiwit ! |
Menggantung pemain yang memang sudah bersara sama lah seperti menjatuhkan hukuman pancung kepada sekujur mayat . Useless .
Anelka sendiri dirakamkan berkata ' badut sungguh la mereka ni ' sambil ketawa kecil kerana perut kosong berpuasa . Jika tidak , mahu gelak berguling masuk bawah meja .
Peminat seluruh dunia yang menahan airmata kesukaan dengan kejahilan ini bagaimanapun ingin tahu apa pula hukuman yang dikenakan pada Domenech . Setakat ini , TIADA . How miserable FFF are .
p/s : Dengar cerita England FA nak tukar jurulatih kepada jurulatih tempatan ...