Sam Hutchinson : Berhenti pada usia 21 tahun ,
Pertahanan muda England dan Chelsea , Sam Hutchinson yang baru berusia 21 tahun terpaksa berhenti dari bermain bola sepak . Beliau yang mengalami kecederaan di lutut semenjak tiga tahun lalu dinasihatkan dan telah mengambil keputusan untuk berhenti dari karier sebagai pemain bola sepak .
Beliau yang beberapa kali membuat penampilan bersama Chelsea dengan aksi pertama di bawah rejim Jose kini terpaksa melupakan hasrat untuk pergi lebih jauh . Sam yang mengangkat Terry sebagai idola juga pernah menjadi kapten bawah 17 tahun skuad England .
Sam kini akan melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang Sains Sukan dan akan cuba mendapatkan lesen kejurulatihan untuk berkhidmat dalam pengurusan akademi Chelsea . Semua ini mendapat bantuan penuh dari Chelsea .
![]() |
warghh!! |
Though luck untuk Sam . Beliau sudah bertarung selama tiga tahun namun ia berakhir seperti ini . Tetapi yang pasti untuk Sam , ia bukanlah penamat cerita dan pasti cerita Sam akan tamat dengan pengakhiran yang gembira . Selamat Berjaya Sam Hutchinson .
//// Kalaulah kelab bolasepak di Malaysia bersifat sapotif seperti ini . Hmm ..