sepintas kelayakan euro

defoe dan kuyt masing-masing menjaringkan hatrik bagi membantu pasukan negara masing-masing memenangi perlawanan pertama kelayakan ke Piala Euro . England mengalahkan pasukan super hebat Bulgaria 4-0 manakala Belanda menumpaskan pasukan sangat handal San Marino 0-5 .

Kedua-dua perlawanan yang berlangsung sangat sengit menyaksikan aksi serangan berganti-ganti . Namun kerana mereka England dan mereka Belanda maka mereka MESTI menang .

Perancis pula yang menampilkan Remy dan Hoarau sebagai pemain penyerang , berjaya membawa pulang sekali lagi kehampaan apabila Kutuzov , penyerang tunggal Belarus berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit 86 . Kekalahan ini bagaimanapun boleh diampunkan kerana Belarus adalah sebuah pasukan yang kencang jika dibandingkan dengan Perancis .

Sementara , Portugal berjaya membawa pulang satu mata apabila sekadar seri empat sama dengan pasukan penuh sejarah , Cyprus . Perlawanan yang bermula lewat sedikit malam semalam menyaksikan bintang baru Liverpool , Raul Meireles berjaya menjaringkan gol kedua Portugal sebelum tamat separuh masa . Portugal yang dilihat dapat membawa pulang penuh tiga mata bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan Avraam yang berjaya menjaringkan gol pada minit ke 89 .

Sementara itu , Malaysia memberikan seguhati tiga bijik gol kepada Oman untuk keputusan penuh ,
Oman 3-0 Malaysia . Tiga-tiga gol diberikan macamtu saja oleh Sharbinee pada separuh masa pertama dan beliau dikeluarkan pada masa rehat digantikan oleh Khairul Fahmi . Klasik ..



3-0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...