Tragedi 19 September Uncle Roy

Oklah, sebagai writer kepada kem bebas, so aku bebas untuk mengulas mengenai apa sahaja yang berlaku mengenai perkembangan bola sepak sekarang ini.Tidak kiralah berita atau pendapat tersebut membabitkan kelab2 yang mempunyai para peminat yang sangat sensitif seperti Arsenal mahupun Liverpool dan aku sebagai writer kem bebas akan bebas mengulas apa sahaja yang berlaku terhadap kedua-dua kelab "power" ini.

Mungkin fans Arsenal akan menarik nafas lega kerana entri ini tidak ada sedikitpun kaitan mengenai kelab gunners diorang tu sebab kali ini aku akan mengulas mengenai perkembangan semasa yang berlaku pada player serta manager kelab yang mempunyai moto yang agak glamer setiap season iaitu " We Sure We Will Win EPL This Year.!"

Jom kita imbas kembali last 5 result match The Reds sebelum mereka kalah 3-2 ke atas team "best scammers team" this season, MU :


Liverpool  4   Steau Bucharest 1 (Liga ribena eropah)
Birmingham 0  Liverpool 0 (EPL)
Liverpool  1  West Bromwich 0 (EPL)
Trabzonspor  1  Liverpool  2 (Liga ribena eropah)
Manchester City  3  Liverpool  0 (EPL)


Pencapaian diorang setakat ini tak de masalah di peringkat Eropah tapi dalam saingan liga, ia mungkin sangat menyakitkan hati para fans Liverpool tapi tidak bagi Uncle Roy.

Kekalahan kepada MU, seri dengan Birmingham, menang tak de gaya dengan West Brom & tewas mudah kepada City serta tidak lupa juga untuk match pembukaan di Anfield, mereka seri 1-1 dengan team Kindergaten Champions, Arsenal.Semua result ini agak biasa bagi Uncle Roy tapi tidak bagi fans Liverpool.

Uncle Roypun sempat menyatakan kerendahan hatinya itu dengan menjelaskan bahawa Liverpool tidak mungkin akan juara EPL buat sekali lagi untuk musim ini.Dengan berbaki lebih 30 match, ape kejadahnya jugak beliau membuat statement sedemikian kepada fans Liverpool.

Aku faham Uncle Roy seorang manager yang lemah lembut,low profile & tidak suka cakap besar seperti Uncle Bean & Uncle Chewing Gum tapi dia perlu menerima hakikat bahawa sekarang ini dia merupakan manager bagi salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia dan bukan lagi menguruskan kelab bawahan liga.

Jika di Cravven Cottage, tak menang satu pialapun still dapat pegang lagi jawatan coach di sana.Tapi di Liverpool, nasib beliau mungkin akan jadi lebih parah dari nasib Fara Benitez.

Persoalan hangat dari aku sekarang ini ialah adakah Liverpool berhajat untuk memecat beliau ? Sebab aku dapat lihat terdapat beberapa reaksi sensitif & kreatif dari fans Liverpool mengatakan yang mereka mahu pihak tertinggi dari Liverpool segera memecat Uncle Roy dari Anfield.Jika fans liverpool  menginginkan perkara sedemkian, apetah lagi bagi pemilik diorang, Tom Hicks & George Gillet yang "berhati mulia" itu.

P/S : Agak kelakar jugak apabila Liverpool memecat Fara pada beberapa bulan yang lalu dan terus menghantarnya ke kelab juara berganda eropah,Inter Milan.Tengok ape jadi dengan Inter sekarang, habis rosak susu belanga dibuat olehnya.Mane tak marah Uncle Jose bile dapat tahu diorang seri 2-2 dengan Twente di UCL baru2 ni.

Kredit untuk  : Shankly

Hidup mati aku hanyalah untuk Anfield... (Roy Hodgson)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...