Review Piala Asia:Berakhir sudah ketuanan arab....

Semalam 2 lagi entiti arab yakni juara bertahan Iraq dan Iran turun menentang 2 lagi pasukan heavyweight asia iaitu Australia dan Korea Selatan..


Saddam Hussein lawan Ben Williams...
Iraq menentang Australia..ya itu perlawanan hebat..terlalu hebat sampai minit 118 baru gol. aku tak tengok match ni sejak awal so takleh nak komen banyak..yang pasti the lions of mesopatamia perlu membuktikan bahawa kemenangan mereka pada 2007 bukanlah nasib semata.. Walaubagaimanapun Australia kali ni tampak mantap utk muncul juara edisi kali ni.. dan bleh la dikatakan hampir semua player diorang boleh score dan kali ni mereka tak perlu berharap pada big names macam Tim Cahill...anyway gol pertama muncul minit ke 118 apabila bekas pemain Liverpool iaitu Harry Kewell...yaa aku highlight di sini Liverpool....asia harus bangga sebab piala asia ade player yang pernah main untuk Liverpool..bukan takat pernah main, pernah julang Champions League tu...Fernando Torres adee????Kewell je ade tau..anyway tandukan terbang tu memang cantik apetah lagi di score pada minit ke 118...lagi 2 minit je dohh nak masuk penalti dohh.... di semi final nanti Australia akan bertemu pasukan dari pinggir asia iaitu asia tengah Uzbekistan(kata pinggir asia tapi asia tengah pulak camno ni) match ni mesti banyak sejarah, negara asia soviet lawan asia pulau.... memang sejarah...


Taeguk Warriors lawan IIGF, jeneral kim lawan ayatollah
dalam satu lagi perlawanan,Korea Selatan bertemu pasukan Iran..dua pasukan yang boleh dikatakan regular dalam setiap edisi world cup cuma iran gagal pi world cup taun lepas..ntah ape jadi ntah.anyway dua2 team nampak best sebab ramai europe based player macam iran dengan andranik teymourian(penah main kelab spain),javad nekounam dan masoud shojaei yang bermain ngan osasuna. skuad SNSD pula mempunyai lebih ramai europe based player diketuai oleh Park Ji Sung yang mesti bengang sebab manyoo celebrate menang 5-0 tak ajak dia, cha du ri dan ki sung yeong (celtic) serta lee chung yong(bolton)..anyway adat la bila dua heavyweight berlawan..match mesti jadi bosan dan dua2 team bermain safe..dan gol pertama hanya muncul pada mini ke 105 iaitu 15 minit lepas aku masuk tido.gol dijaringkan oleh yoon bit garam... betul la orang2 tua kata..sapa lagi dulu makan geram die laa yang klasemen....South Korea akan menentang Samurai Biru untuk memastikan satu tempat di Final milik Asia Timur...ya itu baru asia untuk orang asia..gua tak kesah kalau wondergirls layak ke final,sebab kalau jepun mewakili penderitaan dan kekuatan semangat orang asia, korea selatan pula mewakili sifat orang asia yang sukakan teknologi,hiburan,pembedahan plastik untuk nampak cantik dan sifat yang suka berkonsert...

tiada aksi piala asia mahupun aksi pasukan chelsea malam ini, maka aku layan aksi real madrid dalam PES2011... pehhh aku punye dream team lagi klasemen..nak tengok?

Iker Casillas
Sergio Ramos - David Luiz - Raul Albiol - Fabio Coentrao
Xabi Alonso-Sami Khedira-Kaka
Carlos Tevez --Cristiano Ronaldo
Gonzalo Higuain


ade bran nak lawan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...