Copa America matchday #3: Bolasepak sebenar Argentina

Ok matchday 3 menjadi penentu samaada tuan rumah Albiceleste akan meneruskan perjuangan atau mendapat malu kandas di pusingan awal. Harus diingat bahawa sejak tahun 1987, Argentina tidak pernah gagal ke pusingan kedua Copa America kecuali pada 2001 dimana ketika itu Argentina menarik diri kerana pemain2 Argentina dikatakan mendapat ugutan bunuh oleh kartel-kartel dadah di Colombia ( Colombia adalah hos ketika itu). Costa Rica pula yang telah mengutip 3 mata hasil kemenangan keatas Bolivia hanya memerlukan seri dengan Argentina untuk layak.

Segalanya kelam kabut di kem Argentina. Leo Messi pula dikatakan telah bergaduh dengan Nicolas Burdisso kerana Burdisso bengang ngan Messi yang bermain dengan sangat baik semasa di Barcelona tapi main macam gamp*** bila bersama Argentina. Ini juga menyebabkan ada yang mempertikaikan semangat nasionalisme Lionel Messi bersama Argentina. Tapi dont mess with Messi la beb... bapak Messi telah mempertahankan beliau dengan mengatakan Messi tak perlu menunjukkan kesetiaannya kepada negara sebab dulu dia sanggup tolak tawaran main untuk Spain..pergghhh..gua saspek kalau Messi main untuk Spain mesti godlike terus Spain sekarang. Anyway kita teruskan ulasan matchday 3 antara Argentina dan Costa Rica.
Burdisso: kau main cam mangang!!
Messi: sukati aku laa gila!

Kali ni Argentina menunjukkan bola sepak sebenar mereka...ya!! Argentina yang gua kenal bukan la Argentina yang suka bersamba macam Brazil atau bertiki-taka macam Barcelona. Sejak WC2010 lagi dah dibuktikan bahawa Messi tidak boleh bertiki-taka sorang-sorang bersama Argentina kerana ternyata stail tu fail!. Bola sepak Argentina yang sebenar adalah seperti pagi tadi. Raw play, fast attacking game, dari tengah masuk ke tepi dan ke tengah sebelum menghantar ke striker depan untuk menjaringkan gol. Ya Argentina memang terkenal dengan fast game. Dan inilah yang sebelum ni takde dalam gameplay Argentina dalam 2 game sebelum ni. Dalam perlawanan menentang Colombia, nampak jelas Messi langsung tak boleh nak mengilit ke kiri atau ke kanan sebab sentiasa di terajang mudah oleh kartel dadah Colombia.

Gol pertama muncul lewat pada masa kecederaan separuh masa pertama yang dijaringkan oleh menantu bapak..iaitu Kun Aguero. tu pon setelah rembatan padu Fernando Gago cuma ditepis oleh keeper Costa Rica dan Aguero menyambar bola tu untuk opener di Stadium Cordoba. Separuh masa kedua bermula dan Lionel Messi yang masih gersang gol sepanjang perlawanan kali ni berjaya melakukan assist cantik untuk gol kedua Aguero dan Argentina. Agak-agak bila mamat yang digelar La Pulga ni nak score pulak kan? Minit ke 63, Argentina mengesahkan kemenangan dan mengesahkan kelayakan ke suku akhir dengan gol cantik Angel Di Maria. pawerrr betul player Real Madrid dalam Argentina nih..kahkahkah!!

Ok gua cite banyak pon tak guna.. silakan layan gol-gol dan highlights game pagi tadi di bawah ni sementara link masih hidup...

VIVA LA ALBICELESTE!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...