Preview Finale : Italy VS Spain


Sebagai seorang penyokong tegar kelab Inter Milan yang berpasak di Itali, kiranya adalah wajib juga bagi aku untuk menyokong Itali. Kiranyalah....

Ibaratnya samalah seperti aku yang menyokong Negeri Sembilan dan mestilah menyokong pasukan Harimau Malaya walaupun mereka main macam kepala bana. 

Tapi sebenarnya tidak, dari dulu lagi aku memang tak pernah minat Itali. Taktau kenapa.
Dan malam ini buat pertama kalinya, aku mahu Itali menjadi juara. Bukan sebab aku sokong diorang, tapi sebab aku tanak asik Spain yang menang. 

Jadi bersamalah kita harapkan ia suatu perlawanan yang maha hebat, pertembungan latin.. Pizza lawan Paella.. Buffon vs Cassilas, Xavi vs Pirlo..


Pertembungan terhebat, Alena Seredova vs Sara Carbonero

Preview Taktikal
Perlawanan di pusingan pertama peringkat kumpulan C menyaksikan suatu perlawanan yang berkesudahan seri yang terbaik pernah disaksikan. Ianya open game. Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan kedua-dua pasukan vulnerable di bahagian pertahanan. 
Tapi ini adalah final, jangan haraplah dua-dua team nak ambik risiko main secara gung ho. Dan bolehlah dijangkakan yang perlawanan hanya akan jadi menarik bila salah satu team menjaringkan gol awal. Kalau tak, sampai minit ke 120 lah dua-dua team main telorrr....

Ramalan Khurafat
Itali 2 Spain 0

"Sepanyol? hmmm.... haluussss.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...