Malaysia 4 Laos 1.. Cerita Gua Pergi Stadium Semalam.
Fuhh lama beteii gua tak update blog ni... Jadi sekarang ni kat mana nak bermula? kat mana gua nak start dekat kempen Piala AFF ni? dekat mana?
Rasanya sekarang ni kita boleh lah lupakan sebentar kekalahan memalukan pada Singapore Ahad lepas. Kekalahan memalukan yang berpunca dari semua player Malaysia sekali dengan coachnya sekali. Kekalahan yang berpunca dari kegagalan pemain Johor iaitu Mat Yo dengan Safiq Rahim. Kekalahan yang berpunca dari Apek yang berangan nak bagi hantaran apa dekat Leuniey. Kekalahan yang berpunca dari K.Rajagopal yang cuma kenal pemain dia yang dia guna sejak taun 2010. Kekalahan yang berpunca dari Ultras Malaya yang tak reti duduk diam. Kekalahan yang berpunca dari perhimpunan muktamar PAS yang bangang abadi tak doakan kehancuran team bolo Singapore sebaliknya doakan kehancuran UMNO dan kekalahan yang berpunca dari Telekom Malaysia yang membekukan kemasukan staff baru dan kontrak sebab had umur bersara dinaikkan ke 60 tahun. Ini semua punca yang menjadi chain reaction kepada kekalahan memalukan 3-0 kepada Singapore kelmarin. Jadi sekarang mari lupakan saja game tu, kita fokus kepada perlawanan semalam menentang Laos.
Selepas kekalahan kepada Singapore, gua terdetik untuk turun stadium nak menyokong Harimau Malaya sebab sebenarnya our boys sangat sangat memerlukan sokongan ketika ini. Imagine kalau kau jadi pemain dan bila team kau kalah, penyokong kau yang memula ramai lepas tu boo kau sebab kau kalah. Mesti morale kau down. And then next game, mesti la kau lagi memerlukan sokongan lebih dari game yang pertama. Kalau next game penyokong kau takde mesti morale kau lagi down dan akhirnya kau kalah dan main macam Liverpool.
Ok semalam lepas gua balik kerja, gua terus shoot pergi SNBJ. Perjalanan sepanjang highway MEX semalam lancar walaupun hujan turun dengan boleh tahan lebat. Sekali sekala ada traffic jammed di jalan biasa. Sampai depan Carrefour gua tengok macam takde orang nak pergi stadium sebab selalunya kalau gua pergi stadium mesti dah ramai orang. Tidak kali ni, gua pergi parking dekat stadium Hoki dan masih tiada penyokong yang gua nampak berpusu nak ke stadium. Sampai dekat perkarangan stadium gua lagi terkejut sebab keadaan sangat lapang. Sangat lapang sampai kalau diorang buat 5-a-side futsal pon boleh dekat depan tu. Gua lepak-lepak kat luar sampai member gua sampai. Dekat depan tu ada booth Suzuki dok buat contest itu ini pastu panggil geng geng timbang bola tunjuk skill diorang. Sayangnya diorang ni macam Titus James Palani, bab timbang bola pandai, tapi bila main bola jahanam. Sebelum masuk stadium gua angkat jersi biru Malaysia selai harga RM55. Memang celaka beteii harga RM55 tapi bukan gred AAA. Gua masuk stadium pukul 7:45 dan keadaan masih lengang macam tengok game antara NS Betaria lawan Sime Darby FC dengan attendance yang sangat poor. Pukul 8:45 game pun bermula dan gua macam ni je lah gua summarize kan game ni.
-Permainan bermula pantas, sokongan tidak berbelah bagi dari Ultras Malaya dan Ultras TM memeriahkan suasana. Rakyat Malaysia kalau kalah ke apa ke, menang sorak tetap utama.
-Malaysia berjaya create chance dengan jayanya. berderet peluang dari striker Safee Sali dan Mat Yo gagal di"finish"kan dengan jayanya. Dan penyokong pun mengamuk dengan jayanya.
-Mahali Jasuli suka main overlap. Kau ingat kau Maicon ke apa? Safiq Rahim walaupun teruk dibashing masih mengekalkan permainannya yang tak impressive suka dok kat belakang. Macam mana kau nak jadi playmaker camtu woii!. Safee Sali pulak tak reti simpan simpan bola tu. Asal bola sampai dekat kaki terus je nak merembat, spesis main kalau dah perut pusing arah goalkeeper mesti terus sepak bola. Mat Yo sejak sakit telinga dan digelar pemain "6 Juta" main pun macam ntah dah apa apa. S.Kunalan terlalu one dimensional, dapat bola main lari je straight dan tak digunakan dengan baik masa first half. Wan Zack Haikal memang pawer dan sesuai dengan taraf dia antara pemain terbaik S-League. Farizal Marlias pula tenang macam biasa.. kalau dah namanya pemain Jang dan Yob lah mesti pawer.
-Gol freekick Safiq Rahim memang world class. Setaraf Wesley Sneijder dan Andrea Pirlo. Baru nak jadi...
-Masa gol penyamaan Laos gua bukan nak marah ke apa, tapi gua tergelak nak nak lagi brader blakang gua buat lawak macam cilake. Mahali..Mahali.. pandai marah orang sebab tak pass dekat dia tapi dia jauh tinggalkan position. Player Laos pun rilek je marker pun takde maka seronok je dia gi depan buat gol. Dah la Safiq Rahim pun salah passing. Captain pebende tu woii!!
-Lepas dah bocor sebijik, permainan Malaysia berubah. Bola banyak terlepas, main pun huru hara.. cilake apa??
-2nd Half, Malaysia lagi banyak create chance. dan berderet lah gol dihasilkan start dari Safee Sali, Wan Zack dan last sekali Khyril Muhymeen memberikan kenangan indah dan balik adaa sinyyyummm buat penyokong yang datang semalam. 4-1 woiii!!! giler tak puas?
-Burger gua beli kat luar harga RM2. Yang tu kita panggil burger kering.
-Tol RM2.50, Bayor Parking RM2, Tiket RM30, Jersey RM55, Air+Burger RM6 = Kepuasan menang 4-1 priceless...
Lawan Indonesia nanti kita harap Harimau kita terus mengaum.. bukan menguap macam haritu lawan Singapore..
Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu jam 8:45 malam... turun lah rakyat Malaysia, Bangun Harimau Bangun.
Tajuk berita Harian Metro.. sinis,pedas dan padu.